| |
| Event Name |
: |
JCorp mahu bangunkan kemudahan baiki kapal – Rundingan dengan 2 firma lengkap Pelabuhan Tanjung lang |
| Date |
: |
23/05/2008 |
| Place |
: |
|
| |
|
|
| |
|
|
| |
|
|
| Event Description |
|
|
|
| BERITA HARIAN – 23 MEI 2008 (JUMAAT) | JCorp mahu bangunkan kemudahan baiki kapal – Rundingan dengan 2 firma lengkap Pelabuhan Tanjung langsat
Oleh Suffian A Bakar
JOHOR Corporation Bhd (JCorp) yang mensasar menjadikan Pelabuhan Tanjung Langsat di Johor sebagai pelabuhan pengendalian kargo cecair terbesar di rantau ini, sedang berunding dengan dua syarikat tempatan bagi membangunkan kemudahan pembaikan kapal di pelabuhan itu.
Ketua Eksekutifnya, Tan Sri Muhammad Ali Hashim, berkata langkah itu adalah sebahagian pelan induk pembangunan Pelabuhan Tanjung Langsat yang akan turut menyediakan kemudahan pembuatan kapal dan sebagai pengkalan pembekalan marin.
“Rundingan sedang berlangsung dengan dua syarikat tempatan dan saya yakin dapat memuktamadkan dengan satu daripadanya sebelum akhir tahun ini,” katanya yang enggan men-dedahkan identiti syarikat terbabit.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis memeterai perjanjian bagi penerbitan bon Islam bernilai RM385 juta antara Tanjung Langsat Port Sdn Bhd dan MIDF Amanah Investment Bank Bhd di Kuala Lumpur, semalam.
MIDF Amanah Investment Bank sebagai pengatur utama bon Islam itu diwakili Ketua Eksekutifnya, Datuk Megat Hisham Megat Mahmud, manakala Tanjung Langsat Port oleh Pengarah Urusannya, Mazlan Othman.
Hadir sama Pengerusi MIDF Amanah Investment Bank, Tan Sri Mahmood Taib, Pengarah Urusan Kumpulan MIDF, Mohd Najib Abdullah, Pengarah Urusan Bank Rakyat, Datuk Kamaruzaman Che Mat, Pengurus Besar Perbendaharaan Bank Islam Malaysia Bhd, Norashikin Mohd Kassim, Pengarah Eksekutif Equity Trust (Malaysia) Bhd, Sue SC Yong dan Ketua Pegawai Operasi Johor Corp, Kamaruzaman Abu Kasim.
Muhammad Ali berkata, cadangan bagi pembangunan kemudahan pembaikan kapal itu, adalah maklum balas syarikat kepada kekurangan kemudahan seumpamanya di negara ini.
Mengenai bon Islam Tanjung Langsat Port bernilai RM385 juta, beliau berkata RM250 juta adalah sukuk Musyarakah, maknakala bakinya ialah Kertas Komersial Musyarakah / Program Nota Jangka Sederhana Musyarakah. Dana yang dijana, katanya akan digunakan bagi pembinaan tiga dermaga tambahan di Pelabuhan Tanjung Langsat, membayar balik pinjaman, perbelanjaan operasi dan modal kerja sejajar sasaran menjadikannya pelabuhan pengendalian kargo cecair terbesar di rantau ini.
Sementara itu, beliau berkata, Tannjung Langsat Port akan memeterai perjanjian pajakan dan penggunaan dermaga dengan Kiswire Ltd, syarikat Korea yang terbabit dalam pengeluaran. | | | |
|
|
|