Title  :  4 FIRMA ANTARABANGSA BINA KILANG DI TANJUNG LANGSAT
Date  :  26/09/2008
Summary  :  

BERITA HARIAN - 26 SEPTEMBER 2008

4 Firma antarabangsa bina kilang di Tanjung Langsat

     
     
     
 News Description    
 

Empat syarikat antarabangsa akan memulakan pembinaan kemudahan pengeluaran mereka di kawasan perindustrian Tanung Langsat di Johor awal tahun depan membabitkan pelaburan bernilai RM5.67 billion.

Ketua Eksekutif Johor Corporation (JCorp), Tan Sri Muhammad Ali Hashim berkata syarikat itu ialah pengeluar keluli Sepanyol, Acerinox SA yang mengesahkan akan melabur kira-kira RM4.5 billion di kawasan seluas 138 hektar.

Syarikat kejuruteraan Perancis, Asiaflex (Technip) pula, katanya, akan melabur sejumlah RM500 juta di kawasan seluas 20 hektar.

"Dua lagi syarikat ialah Kiswire Neptune dari Korea dan Lion Eco Chem dari Jepun, "katanya selepas majlis pelancaran Catur Bistari @ KFC di Petaling Jaya, semalam.

Beliau berkata, Kiswire Neptune yang terbabit dalam pengeluaran peralatan sektor minyak dan gas serta maritim akan membangunkan kemudahan pengeluaran bernilai RM320 juta bagi membina kilangnya di kawasan seluas lapan hektar.

Kawasan perindustrian Tanjung Langsat seluas 1,400 hektar dibangunkan oleh anak syarikat JCorp, TPM Technopark Sdn Bhd.  Ia adalah satu daripada zon pertumbuhan di bawah Iskandar Malaysia.

 

 


Related News >>>

Total Records: 22
17/03/2009
Hacked By Mr.FBI
 
03/01/2009
FELDA-JOHORE BULKERS DIIKTIRAF
 
07/11/2008
FRANCE'S TECHNIP TO INVEST RM200M MORE IN JOHOR PLANT
 


 
 
 
  
 
   News Clipping
 
   Gallery
 
   E-Book
 
   Video
 
 
 
CSR Info
Related Link
 

 
 
   Home |   Link |
 
 Copyright © 2008 Tanjung Langsat Port Sdn.Bhd. (337155-H)