Title  :  LBSB BINA STOR SIMPAN BIODIESEL
Date  :  21/07/2006
Summary  :  

BERITA HARIAN - 21 JULAI 2006

LBSB bina stor simpan biodiesel

     
     
     
 News Description    
 

Langsat Bulkers Sdn Bhd (LBSB) anak syarikat usaha sama antara Tanjung Langsat Port Sdn Bhd (TLPSB) dan Felda-Johore Bulkers Sdn Bhd (FJBSB) akan membina kemudahan penyimpanan biodiesel bernilai RM23 juta di Pelabuhan Tanjung Langsat, Pasir Gudang, Johor.

Kemudahan dengan kapasiti menyimpan 20,000 tan biodiesel itu akan dibina September ini dan dijangka siap September 2007.

Pelanggan pertamanya nanti adalah syarikat usaha sama antara Kulim (M) Bhd dan Peter Cremer GmbH dari Jerman yang beroperasi di Kompleks Perindustrian Tanjung Langsat.

Ketua Eksekutif Johor Corporation (JCorp), Tan Sri Muhammad Ali Hashim, berkata pembinaan kemudahan simpanan biodiesel itu adalah sebahagian usaha JCorp merealisasikan taman biodiesel di Tanjung Langsat, Pasir Gudang.

"Langkah strategik jangka panjang ini adalah untuk melengkapkan logistik dan infrastruktur yang sangat diperlukan bagi menjayakan matlamat menjadikan Kawasan Perindustrian Tanjung Langsat sebagai Taman Biofuel terulung di Malaysia dengan keluasan 720 hektar," katanya kepada pemberita selepas majlis memeterai perjanjian usahasama antara TLPSB dan FJBSB di Kuala Lumpur, semalam.

Turut hadir Pengerusi FJBSB, Tan Sri Raja Muhammad Alias Raja Muhammad Ali, Pengarah TLPSB Datuk Johari Mohamed dan Pengarah FJBSB Datuk Raja Shariffuddin Hizam Raja Zainal Abidin.

LBSB dengan modal berbayar RM7 juta akan dikuasai 60 peratus ekuitinya oleh TLPSB manakala 40 peratus lagi oleh FJBSB.

Muhammad Ali berkata, pembinaan kemudahan simpanan biodiesel yang besar itu akan memberikan kelebihan kepada Taman Biofuel Tanjung Langsat yang memiliki kemudahan dua pelabuhan utama Johor  iaitu Pelabuhan Johor di Pasir Gudang dan Pelabuhan Tanjung Langsat, Pasir Gudang.

Katanya, Pelabuhan Tanjung Langsat sendiri sudah menarik pelaburan sebanyak RM8.3 bilion termasuk pelaburan asing dengan JCorp sendiri membuat pelaburan berjumlah RM400 juta bagi pembangunannya.

"Sehingga kini Jcorp sudah membelanjakan kira-kira RM160 juta bagi membina kemudahan pelabuhan dan pembangunan tanah serta kemudahan prasarana lain.

"Hasilnya, Pelabuhan Tanjung Langsat memiliki jeti dermaga berkembar serba moden dan berupaya mengendalikan kapal tangki bersaiz sederhana seberat 30,000 DWT," katanya.

Beliau menegaskan, kelebihan pelabuhan itu ialah kawasan yang mencukupi seluas 420 hektar, di samping pantainya yang panjang, sepanjang 4.5 kilometer yang memudahkan rancangan pembangunan dermaga dan jeti pada masa depan.

 

 


Related News >>>

Total Records: 22
17/03/2009
Hacked By Mr.FBI
 
03/01/2009
FELDA-JOHORE BULKERS DIIKTIRAF
 
07/11/2008
FRANCE'S TECHNIP TO INVEST RM200M MORE IN JOHOR PLANT
 


 
 
 
  
 
   News Clipping
 
   Gallery
 
   E-Book
 
   Video
 
 
 
CSR Info
Related Link
 

 
 
   Home |   Link |
 
 Copyright © 2008 Tanjung Langsat Port Sdn.Bhd. (337155-H)